Thursday, July 2, 2009

fuh lama rs...

lama aku x update blog ni..bz aku ni ngalahkan perdana menteri..hehehe..dah berzaman aku tggal blog aku..sory ek blog..huhuhuh..arini last aku cuti,dah 2 bulan lebih kat umah,byk benda aku dah buat,rs sayang plk nk tgl kg halaman..nk tgl mak ayah..sekurang2nya aku duk kat umah boleh la tlg2 basuh pinggan mangkuk..tu je la yg aku expert skit dalam keje umah ni..hahaha..besok sabtu(4.7.09) bermula sem baru aku..dah nk blajar balik..adus..mintak2 pmbelajaran sem baru ni berjalan dengan lancar...mcm sem2 lepas...bila dah cuti lama ni timbul jgk la perasaan malas nk pegi kampus..tapi perasaan tu kena buang jauh2,aku kena semangat untuk hadapi sem baru ni..sem 3..ilmu la satu cara untuk kejayaan yg aku cari untuk capai cita2 aku..rindu pada semua lecturer kaunseling yang semua best, spotting..boleh dikatakan faham jiwa la..kawan2 sekelas aku..heheehee..rindu pada kawan2 yang serumah dengan aku..aku duk umah sewa sem 3 ni..tu la hostel x apply..haa kan dah kena menyewa kat luar..susah jugak la nk pegi kampus nanti..transpot plk xder..x tahu la nak hadapi camne..harap2 ada jalan mudah untuk masalah transpot ni..huhuhu..anyway setakat ini dulu yang boleh aku kongsikan apa yang aku rasa disaat ini...:)

Friday, May 8, 2009

SeLamat Hari Ibu...Ma...

Selamat hari ibu Ma..kami semua syg ma skmo..huhhuhuhu..

Di antara hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan ibu:
"عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ."
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Thursday, May 7, 2009

~~SumMer Camp~~

Sebelum cuti baru2 nie..aku adalaa pegi satu camp..jadi aku nk kongsi skit la pgalaman aku kt sana..best gak la camp tu..byk sgt aktiviti yg uji minda aku dn kekuatan diri aku..hehhe..antara aktivitinya explorace,candle war,pungguk rindukan bulan erm mcm2 lagila..Explorace biasala mmg memenatkan aku,tapi best tu ada..mcm2 kami dalam group kena buat,mcm kena ragging la..huhuuh..buat donnut la kt tepi pantai,kawad dalam air la,nyayi lagu patriotik pun kena..pastu byk soalan yg perlu dijawab untuk melepasi satu2 chekpoint..aduu aku banyak xleh jawab..:( nasib baik la ahli group aku,group mujahid bijak2 blaka..hohoho..pastu dlm group aku tu ada seorg ketua yg brtggungjwb..dia la yang byk jawab soalan..erm nasib baik gak ada dia..huuhhu..Alhamdulillah..Candle war plk kitorang main perang2..isk bahaya..aku takut sgt..kitorang dibekalkan dgn 5 lilin,pastu kena jaga lilin tu btul2 jgn smpai terpadam..Penyerang akan datang untuk meghapuskan lilin tersebut..jadi kena jaga btui2..rasa diri ini brada di palestin jer..tu klu kira aktiviti main2 jer..tp rs takut sgt..aktiviti ni mengingatkan aku kepada saudara kita kt palestin sana tu..bagaimana nasib mereka yang mmg btul2 terjadi peperangan..bom pagi petang siang malam..dasyat2..erm..Ya Allah..selamatkan mereka,peliharalah mereka..amin..Aku nk cerita lagi satu aktiviti yg agak manakutkan aku lagi..huhuhuhu..aktiviti pungguk rindukan bulan..jam lbh kurang 1 pagi, aku dn semua berhimpun..sorang2 tutup mata ngan kain hitam..tak nmpak pape la..bahaya jgk la pada aku..sbb aku penakut..eheeee..pastu aku kena tggl sorang2 diri kt tepi batu nisan..isk3..mmg aku bengang la jgk..tgn aku kena letak atas batu nisan tu..fuh serba rasa pada aku..tapi batu nisan yang tipu jela..Ada la 2,3 ekor hantu datang tempat aku..mmg seriau la aku..Hantu pom hantu tipu jer..heehhee..Ok tu je la perkongsian pglaman best sblm aku cuti..sekian wassalam..sedikit gmbar untuk dijadikan knangan..saksikan...

X-T-V-T Penyu menangis x siapa tahu..penyu jantan mendarat di terengganu pesisir air..eheeeeeee..

Penyu Letih..


Ahli2 kumpulan 'MUJAHID' apa yang penting Sepakat..Semangat..cheer song..


X-T-V-T Punguk rindukan bulan...jgn tiru aksi ini dirumah..(",)


X-T-V-T Candle War

X-T-V-T Ulat Bulu


X-T-V-T bergambar..uhukkk..












Itulah sahaja gmbar2 knangan kem aku..walaupom penat tapi best...Moga jumper lagi ngn semua..Ukhuwah tidak akn terputus klau kita tidak melupakannya..sekian..

Wednesday, April 22, 2009

Kawan2 aku yang tak pernah ku lupa...




Teringat kat semua kawan2 di UDM..Walaupun lama tak jumpe tapi korang ttp dihati..huhuuh..nnt klau sape2 yang nak makan nasi mnyak tu jgn lupa la jemput ek..heeee..rindu kat semua..

Saturday, April 11, 2009

Aku...


Khas untuk yang bernama WANITA...

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai.

Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu membuai anak di kala suami menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara.

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf.

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis.

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah


My lovely Mom..


"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Abahku...


Kau segalanya..kau pendorong semangatku..Usahamu yg gigih menjadikn ku semangat untuk menjadi sepertimu..

Abahku Idolaku..

Inilah keluarga aku..keluarga bahagia..keluarga yang sentiasa memberi dorongan pada aku dari aku kecil hinggalah sekarang..pada aku tak perlu orang lain yang berkaliber menjadi idola..cukuplah orang yang paling hampir dengan aku..iaitu abahku..ABAHKU IDOLAKU...bak kata siti Nurhaliza "Aku adalah abah,Abah adalah aku"abah aku seorang yang cacat penglihatan, walaupun begitu,tidak menghalang untuk abah gigih berusaha dalam membesarkan kami adik beradik..tidak ada kekurangan dalam membesarkan aku..syukur pada ilahi..Ibuku juga gigih dalam mengharungi perjalanan hidup selama ini..baru-baru ini abahku dapat menjadi Tokoh OKU yang berjaya 2009..aku bangga menjadi anaknya..Abah dan ma l luv u..Akan aku kenang jasamu hingga akhir hayatku..Kejayaan diriku adalah untukmu...

Kawan2 yang hampir denganku***UMT***..


Teruskan perjuangan semua..
frenzz 4 eva n eva..

Kaunseling Tahun 1..















Cepat masa berlalu..gembira dapat mengenali kamu smua...Dah habis tahun 1 kita di umt ni kan..erm tahun depan dah gelar Senior la kita kan..hehehe...Anyway Gud Luck kawan2ku..selamat menempuh peperangan..huuhhu..kejayaan milik kita semua..insyaallah..Counseling helps u grow...